Halaman

Rabu, 4 September 2013

Kopi Kampung Kundang

Kopi Kampung Ku -3K



Kopi Kampung KU (3K) telah diusahakan oleh Encik Kamaruzzaman bin Denan yang telah mewarisi tradisi keluarganya yang berpuluh-puluh tahun mengusahakan pembuatan kopi kampung. Pemprosesan yang dilakukan oleh beliau adalah menggunakan kaedah tradisional dengan kuantiti yang kecil kerana ingin menjaga kualiti kopi tersebut.Sebenarnya, kopi yang berkualiti dapat menarik minat pembeli dan penggemar kopi.Permulaan bagi pasaran kopi ini adalah dari sekitar kampung ,tapi kini pasaran meluas di setengah kawasan di negeri Selangor dengan pembukaan gerai jualan kopi di pasar. Harapan bagi En. Kamaruzzaman ialah untuk menjadi pembekal kopi bumiputera yang pertama berjaya memasarkan kopinya di dalam dan di luar negara.Oleh itu, beliau berharap agensi-agensi yang terlibat dapat membantu beliau dalam memasarkan pengeluaran kopinya dengan meluas.Kopi yang dipilih adalah kopi dari jenis Rabica. Kebiasaannya, kopi tersebut diperolehi dari penduduk kampung sendiri dan kampung lain.Beberapa peringkat perlu dilalui untuk memproses kopi tersebut dan diakhiri dengan peringkat pembungkusan.Cara penyediaan pemprosesan kopi adalah unik dan tersendiri dengan menggunakan kaedah tradisional dan moden.


Pemprosesan Kopi





Pemprosesan kopi adalah unik dan memerlukan beberapa peringkat pemprosesan.Kopi jenis Rabica dipilih atau kopi kampung yang mana dibeli oleh penduduk kampung dengan mengikut kadar bayaran kopi yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

Peringkat 1 – Proses mengeringkan kopi





Peringkat 1 adalah proses pengeringan kopi.Kopi yang telah dibeli akan dijemur di tengah panas terik matahari selama 1-2 minggu sehingga kopi tersebut menjadi kering dan kehitaman.

Peringkat 2 – Proses Pengupasan,pengasingan dan pengayakan biji kopi
         
         
         Proses Pengupasan Biji Kopi








  Proses Pengasingan Biji Kopi





        Proses Pengayakan Biji Kopi



Kopi yang telah diayak


Selepas biji kopi dikeringkan,peringkat seterusnya adalah proses pengupasan biji kopi dan kemudian dialirkan ke proses pengasingan antara biji kopi dan kulit.Kulit kopi boleh dijadikan baja bagi semua jenis tanaman. Setelah melalui proses pengasingan,proses pengayakan kopi diperlukan untuk mengasingkan baki biji kopi dengan kulit dan biji kopi yang hitam atau yang tidak diperlukan.Setelah itu,biji kopi yang telah diayakkan akan menjalani peringkat yang seterusnya iaitu proses menyangrai kopi.


Peringkat 3 – Menyangrai Kopi ( 2 jam 45 minit )   
    
  Sebelum 




Dalam proses menyangrai kopi, kopi yang telah dikupas perlu disangrai ke dalam kuali denagn menggunakan dapur kayu. Pengusaha menggunakan dapur kayu adalah bertujuan untuk menaikkan bau wangian ke dalam kopi apabila disangrai.Menyangrai kopi memerlukan tempoh yang agak lama iaitu selama 2 jam 45 minit dan juga mmerlukan ketelitian dan pengawasan yang kerap supaya kopi tersebut tidak hangit dan dapat menghasilkan kopi yang terbaik.

Selepas








Kopi yang telah disangrai, perlu disejukkan ditempat yang lapang sebelum proses seterusnya dilakukan.Keadaan kopi yang sudah disangrai akan bertukar warna menjadi kehitaman kekuningan sedikit dan keharuman kopi dapat dirasai.

Peringkat 4 – Memasak Kopi ( selama 3 jam )




Peringkat yang seterusnya adalah proses untuk memasak kopi. Memasak kopi juga perlu ketelitian supaya semua ramuan dapat digaul dengan sebati.Pengusaha juga menggunakan dapur kayu bagi proses memasak kopi bagi menaikkan keharuman kopi tersebut.Proses memasak ini mengambil masa selama 3 jam sehingga semua ramuan dapat disebatikan dengan kopi.Kemudian, kopi yang telah dimasak perlu menjalani proses penyejukkan selama 15 – 30 minit sebelum meneruskan proses pengisaran kopi.

Peringkat 5 – Mengisar Kopi


Peringkat seterusnya adalah proses mengisar kopi untuk menjadi serbuk kopi yang diingini oleh pelanggan.Pengisaran kopi adalah mengikut gred iaitu mengisar kopi secara kasar dan mengisar kopi secara halus.Seterusnya,peringkat akhir adalah peringkat pembungkusan.

Peringkat 6  (Terakhir) – Pembungkusan

Peringkat pembungkusan ada 2 jenis iaitu pembungkusan kecil ( paket) dan pembungkusan bundle (besar).





                     Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,sila menghubungi Pengusaha Kopi:

                 En.Kamaruzaman : 0132744495


KOPI BAIK UNTUK KESIHATAN



Minuman kopi baik untuk kesihatan
Mengapa ada penentangan terhadap penemuan  bahawa kopi baik untuk kesihatan?
Ini alasannya:.
Hampir tiga puluh tahun yang lalu para penyelidik di Harvard University mengumumkan hubungan antara pengambilan kopi dan kanser.
Beberapa tahun kemudian mereka menarik balik kajian tersebut dan mengakui bahawa penemuan itu cacat dan tidak tepat.
Namun, kerana berita kajian tersebut dan gembar-gembur  media, kopi telah diberi label dengan stigma yang tidak sihat.
Sebenarnya, ia sangat jauh dari kebenaran.
Banyak maklumat yang boleh ditemui di laman-laman web menunjukkan, kopi dapat membantu dalam pencegahan dan rawatan penyakit dan penyakit pelbagai seperti Penyakit Alzheimer’s, diabetes, penyakit hati, kanser kulit, Penyakit Parkinson dan banyak lagi.
Pertimbangkan item berita ini



Kopi Risiko Kesihatan: Untuk peminum kopi sederhana, kopi selamat diminum.
( Harvard Women’s Health Watch).


Walaupun 20 tahun kajian meyakinkan, banyak orang masih mengelakkan kopi yang berkafein  kerana mereka bimbang tentang kesan kesihatan. Namun, kajian terkini menunjukkan bahawa meminum kopi secara sederhana-beberapa cawan sehari-kopi adalah minuman yang selamat yang bahkan mungkin menawarkan beberapa manfaat kesihatan.
( Edisi September Harvard Women’s Health Watch menimbangkan pro dan kontra  minuman popular dan memudahkan keprihatinan peminum kopi sederhana.

Penyelidikan terbaru ini tidak hanya mengesahkan bahawa pengambilan kopi secara sederhana tidak menimbulkan kemudaratan dan kerosakan, malah ia juga mempunyai manfaat. Kopi dapat mengurangkan risiko batu hempedu berkembang, menghalang perkembangan kanser usus besar, meningkatkan fungsi kognitif, mengurangkan risiko kerosakan hati pada orang yang berisiko tinggi untuk penyakit hati, dan mengurangkan risiko penyakit Parkinson. Kopi juga telah ditunjukkan untuk meningkatkan prestasi daya tahan dalam jangka-tempoh aktiviti fizikal.
Sumber: Penerbitan Kesihatan Harvard, Harvard Medical School, 2006.

Dan mereka mengatakan tidak ada manfaat kopi ketika datang ke kesihatan?
Ada banyak kajian yang menunjukkan minum beberapa cawan kopi sehari boleh baik untuk anda. Ini tidak hanya melindungi anda terhadap pelbagai penyakit serius, tetapi juga boleh membawa banyak kesenangan dalam hidup anda.

Rumusan:
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s dan Demensia
  • Mengurangkan risiko penyakit batu empedu
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson’s
  • Tingkatkan prestasi Kognitif
  • Tambahan Analgesik –pembunuh rasa sakit.
  • Antidiabetes – mengurangkan diabetes kepada separuh.
  • Tonik perlindungan Hati -Kopi juga boleh mengurangkan timbulnya sirosis dari hati.
  • Anti Kanser
  • Anti penyakit kardiovaskular.
  • Gout.
  • Antioksidan.

2 ulasan: