Halaman

Rabu, 4 September 2013

Kopi Kampung Kundang

Kopi Kampung Ku -3K



Kopi Kampung KU (3K) telah diusahakan oleh Encik Kamaruzzaman bin Denan yang telah mewarisi tradisi keluarganya yang berpuluh-puluh tahun mengusahakan pembuatan kopi kampung. Pemprosesan yang dilakukan oleh beliau adalah menggunakan kaedah tradisional dengan kuantiti yang kecil kerana ingin menjaga kualiti kopi tersebut.Sebenarnya, kopi yang berkualiti dapat menarik minat pembeli dan penggemar kopi.Permulaan bagi pasaran kopi ini adalah dari sekitar kampung ,tapi kini pasaran meluas di setengah kawasan di negeri Selangor dengan pembukaan gerai jualan kopi di pasar. Harapan bagi En. Kamaruzzaman ialah untuk menjadi pembekal kopi bumiputera yang pertama berjaya memasarkan kopinya di dalam dan di luar negara.Oleh itu, beliau berharap agensi-agensi yang terlibat dapat membantu beliau dalam memasarkan pengeluaran kopinya dengan meluas.Kopi yang dipilih adalah kopi dari jenis Rabica. Kebiasaannya, kopi tersebut diperolehi dari penduduk kampung sendiri dan kampung lain.Beberapa peringkat perlu dilalui untuk memproses kopi tersebut dan diakhiri dengan peringkat pembungkusan.Cara penyediaan pemprosesan kopi adalah unik dan tersendiri dengan menggunakan kaedah tradisional dan moden.


Pemprosesan Kopi





Pemprosesan kopi adalah unik dan memerlukan beberapa peringkat pemprosesan.Kopi jenis Rabica dipilih atau kopi kampung yang mana dibeli oleh penduduk kampung dengan mengikut kadar bayaran kopi yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

Peringkat 1 – Proses mengeringkan kopi





Peringkat 1 adalah proses pengeringan kopi.Kopi yang telah dibeli akan dijemur di tengah panas terik matahari selama 1-2 minggu sehingga kopi tersebut menjadi kering dan kehitaman.

Peringkat 2 – Proses Pengupasan,pengasingan dan pengayakan biji kopi
         
         
         Proses Pengupasan Biji Kopi








  Proses Pengasingan Biji Kopi





        Proses Pengayakan Biji Kopi



Kopi yang telah diayak


Selepas biji kopi dikeringkan,peringkat seterusnya adalah proses pengupasan biji kopi dan kemudian dialirkan ke proses pengasingan antara biji kopi dan kulit.Kulit kopi boleh dijadikan baja bagi semua jenis tanaman. Setelah melalui proses pengasingan,proses pengayakan kopi diperlukan untuk mengasingkan baki biji kopi dengan kulit dan biji kopi yang hitam atau yang tidak diperlukan.Setelah itu,biji kopi yang telah diayakkan akan menjalani peringkat yang seterusnya iaitu proses menyangrai kopi.


Peringkat 3 – Menyangrai Kopi ( 2 jam 45 minit )   
    
  Sebelum 




Dalam proses menyangrai kopi, kopi yang telah dikupas perlu disangrai ke dalam kuali denagn menggunakan dapur kayu. Pengusaha menggunakan dapur kayu adalah bertujuan untuk menaikkan bau wangian ke dalam kopi apabila disangrai.Menyangrai kopi memerlukan tempoh yang agak lama iaitu selama 2 jam 45 minit dan juga mmerlukan ketelitian dan pengawasan yang kerap supaya kopi tersebut tidak hangit dan dapat menghasilkan kopi yang terbaik.

Selepas








Kopi yang telah disangrai, perlu disejukkan ditempat yang lapang sebelum proses seterusnya dilakukan.Keadaan kopi yang sudah disangrai akan bertukar warna menjadi kehitaman kekuningan sedikit dan keharuman kopi dapat dirasai.

Peringkat 4 – Memasak Kopi ( selama 3 jam )




Peringkat yang seterusnya adalah proses untuk memasak kopi. Memasak kopi juga perlu ketelitian supaya semua ramuan dapat digaul dengan sebati.Pengusaha juga menggunakan dapur kayu bagi proses memasak kopi bagi menaikkan keharuman kopi tersebut.Proses memasak ini mengambil masa selama 3 jam sehingga semua ramuan dapat disebatikan dengan kopi.Kemudian, kopi yang telah dimasak perlu menjalani proses penyejukkan selama 15 – 30 minit sebelum meneruskan proses pengisaran kopi.

Peringkat 5 – Mengisar Kopi


Peringkat seterusnya adalah proses mengisar kopi untuk menjadi serbuk kopi yang diingini oleh pelanggan.Pengisaran kopi adalah mengikut gred iaitu mengisar kopi secara kasar dan mengisar kopi secara halus.Seterusnya,peringkat akhir adalah peringkat pembungkusan.

Peringkat 6  (Terakhir) – Pembungkusan

Peringkat pembungkusan ada 2 jenis iaitu pembungkusan kecil ( paket) dan pembungkusan bundle (besar).





                     Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,sila menghubungi Pengusaha Kopi:

                 En.Kamaruzaman : 0132744495