Kopi Kampung KU (3K) telah diusahakan oleh Encik Kamaruzzaman
bin Denan yang telah mewarisi tradisi keluarganya yang berpuluh-puluh tahun
mengusahakan pembuatan kopi kampung. Pemprosesan yang dilakukan oleh beliau
adalah menggunakan kaedah tradisional dengan kuantiti yang kecil kerana ingin
menjaga kualiti kopi tersebut.Sebenarnya, kopi yang berkualiti dapat menarik
minat pembeli dan penggemar kopi.Permulaan bagi pasaran kopi ini adalah dari
sekitar kampung ,tapi kini pasaran meluas di setengah kawasan di negeri
Selangor dengan pembukaan gerai jualan kopi di pasar. Harapan bagi En.
Kamaruzzaman ialah untuk menjadi pembekal kopi bumiputera yang pertama berjaya
memasarkan kopinya di dalam dan di luar negara.Oleh itu, beliau berharap
agensi-agensi yang terlibat dapat membantu beliau dalam memasarkan pengeluaran
kopinya dengan meluas.Kopi yang dipilih adalah kopi dari jenis Rabica. Kebiasaannya, kopi
tersebut diperolehi dari penduduk kampung sendiri dan kampung lain.Beberapa peringkat
perlu dilalui untuk memproses kopi tersebut dan diakhiri dengan peringkat
pembungkusan.Cara penyediaan pemprosesan kopi adalah unik dan tersendiri dengan
menggunakan kaedah tradisional dan moden.
Pemprosesan Kopi
Pemprosesan kopi adalah unik dan
memerlukan beberapa peringkat pemprosesan.Kopi jenis Rabica dipilih atau kopi kampung yang mana dibeli oleh
penduduk kampung dengan mengikut kadar bayaran kopi yang telah ditetapkan dan
dipersetujui.
Peringkat 1 – Proses mengeringkan kopi
![]() |
Peringkat 1 adalah proses
pengeringan kopi.Kopi yang telah dibeli akan dijemur di tengah panas terik
matahari selama 1-2 minggu sehingga kopi tersebut menjadi kering dan kehitaman.
Peringkat 2 – Proses Pengupasan,pengasingan dan pengayakan biji kopi
|
|
|
Proses
Pengasingan Biji Kopi
Kopi yang telah diayak
Selepas biji kopi
dikeringkan,peringkat seterusnya adalah proses pengupasan biji kopi dan
kemudian dialirkan ke proses pengasingan antara biji kopi dan kulit.Kulit kopi
boleh dijadikan baja bagi semua jenis tanaman. Setelah melalui proses
pengasingan,proses pengayakan kopi diperlukan untuk mengasingkan baki biji kopi
dengan kulit dan biji kopi yang hitam atau yang tidak diperlukan.Setelah
itu,biji kopi yang telah diayakkan akan menjalani peringkat yang seterusnya
iaitu proses menyangrai kopi.
Peringkat 3 – Menyangrai Kopi ( 2 jam 45 minit )
Sebelum
Dalam proses menyangrai kopi, kopi
yang telah dikupas perlu disangrai ke dalam kuali denagn menggunakan dapur
kayu. Pengusaha menggunakan dapur kayu adalah bertujuan untuk menaikkan bau
wangian ke dalam kopi apabila disangrai.Menyangrai kopi memerlukan tempoh yang
agak lama iaitu selama 2 jam 45 minit dan juga mmerlukan ketelitian dan
pengawasan yang kerap supaya kopi tersebut tidak hangit dan dapat menghasilkan
kopi yang terbaik.
Kopi yang telah disangrai, perlu disejukkan ditempat yang
lapang sebelum proses seterusnya dilakukan.Keadaan kopi yang sudah disangrai akan
bertukar warna menjadi kehitaman kekuningan sedikit dan keharuman kopi dapat
dirasai.
Peringkat 4 –
Memasak Kopi ( selama 3 jam )
Peringkat yang seterusnya adalah proses untuk memasak kopi.
Memasak kopi juga perlu ketelitian supaya semua ramuan dapat digaul dengan
sebati.Pengusaha juga menggunakan dapur kayu bagi proses memasak kopi bagi
menaikkan keharuman kopi tersebut.Proses memasak ini mengambil masa selama 3
jam sehingga semua ramuan dapat disebatikan dengan kopi.Kemudian, kopi yang
telah dimasak perlu menjalani proses penyejukkan selama 15 – 30 minit sebelum
meneruskan proses pengisaran kopi.
Peringkat 5 –
Mengisar Kopi
Peringkat seterusnya adalah proses mengisar kopi untuk
menjadi serbuk kopi yang diingini oleh pelanggan.Pengisaran kopi adalah
mengikut gred iaitu mengisar kopi secara kasar dan mengisar kopi secara
halus.Seterusnya,peringkat akhir adalah peringkat pembungkusan.
Peringkat 6 (Terakhir) – Pembungkusan
Peringkat pembungkusan ada 2 jenis iaitu pembungkusan kecil (
paket) dan pembungkusan bundle (besar).
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,sila menghubungi Pengusaha Kopi:
En.Kamaruzaman : 0132744495 |
KOPI BAIK
UNTUK KESIHATAN
Minuman
kopi baik untuk kesihatan
Mengapa ada penentangan terhadap penemuan
bahawa kopi baik untuk kesihatan?
Ini alasannya:.
Hampir tiga puluh tahun
yang lalu para penyelidik di Harvard University mengumumkan hubungan antara
pengambilan kopi dan kanser.
Beberapa tahun kemudian
mereka menarik balik kajian tersebut dan mengakui bahawa penemuan itu cacat dan
tidak tepat.
Namun, kerana berita
kajian tersebut dan gembar-gembur media, kopi telah diberi label dengan
stigma yang tidak sihat.
Sebenarnya, ia sangat
jauh dari kebenaran.
Banyak maklumat yang
boleh ditemui di laman-laman web menunjukkan, kopi dapat membantu dalam
pencegahan dan rawatan penyakit dan penyakit pelbagai seperti Penyakit
Alzheimer’s, diabetes, penyakit hati, kanser kulit, Penyakit Parkinson dan
banyak lagi.
Pertimbangkan item berita
ini …
Kopi Risiko Kesihatan: Untuk peminum kopi sederhana, kopi selamat diminum.
( Harvard
Women’s Health Watch).
Walaupun 20 tahun kajian
meyakinkan, banyak orang masih mengelakkan kopi yang berkafein kerana
mereka bimbang tentang kesan kesihatan. Namun, kajian terkini menunjukkan
bahawa meminum kopi secara sederhana-beberapa cawan sehari-kopi adalah minuman
yang selamat yang bahkan mungkin menawarkan beberapa manfaat kesihatan.
( Edisi September
Harvard Women’s Health Watch menimbangkan pro dan kontra minuman
popular dan memudahkan keprihatinan peminum kopi sederhana.
Penyelidikan terbaru ini
tidak hanya mengesahkan bahawa pengambilan kopi secara sederhana tidak
menimbulkan kemudaratan dan kerosakan, malah ia juga mempunyai manfaat. Kopi
dapat mengurangkan risiko batu hempedu berkembang, menghalang perkembangan
kanser usus besar, meningkatkan fungsi kognitif, mengurangkan risiko kerosakan
hati pada orang yang berisiko tinggi untuk penyakit hati, dan mengurangkan
risiko penyakit Parkinson. Kopi juga telah ditunjukkan untuk meningkatkan
prestasi daya tahan dalam jangka-tempoh aktiviti fizikal.
Sumber: Penerbitan Kesihatan Harvard, Harvard
Medical School, 2006.
Dan mereka mengatakan
tidak ada manfaat kopi ketika datang ke kesihatan?
Ada banyak kajian yang
menunjukkan minum beberapa cawan kopi sehari boleh baik untuk anda. Ini tidak
hanya melindungi anda terhadap pelbagai penyakit serius, tetapi juga boleh membawa
banyak kesenangan dalam hidup anda.
Rumusan:
- Mengurangkan risiko penyakit
Alzheimer’s dan Demensia
- Mengurangkan risiko penyakit
batu empedu
- Mengurangkan risiko penyakit
Parkinson’s
- Tingkatkan prestasi Kognitif
- Tambahan Analgesik –pembunuh
rasa sakit.
- Antidiabetes – mengurangkan
diabetes kepada separuh.
- Anti Kanser
- Anti penyakit
kardiovaskular.
- Gout.
- Antioksidan.
nak oder lah.boleh beri sample tak rasa dulu..ngee
BalasPadamTerbaik...
BalasPadamTahniah...
Semoga Allah permudahkan segalanya...